Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Jun 2009

Atas Tarikh (UPDATE) !!!

ehh.. brape lame dah aku tak update blog aku ni ehh??
lame tul... hmm... nanti la ade masa aku update lagi blog ni..
sekarang bz skit dengan mencari keje..
biasa la..aku kan penganggur terhebat di era kini.. aduuh sayang!

Sabtu, 20 Jun 2009

Nama lagi pelacur kan..

WARNING ! AMARAN ! WARNING ! AMARAN ! WARNING !

PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH


PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH

PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH

PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH

PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH

PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH

PERHATIAN !! BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH


BAGAIMANA PERASAAN ANDA SELEPAS MELIHAT GAMBAR DI ATAS ?

Khamis, 18 Jun 2009

DO I NEED A BOARDER PASS?

Nak buat boarder pass dop ehh??

2 keping gambar saiz passport lagi kena bagi..

International passport aku dah ade nak buatpe lagi boarder pass kan?

tapi rugi la kalau nak masuk sempadan Thailand tu je pakai Visa...rugi muka surat dalam tu la...

bukan jauh pon nak masuk Thailand tu..setakat lepas SungaiKo-Lok je (Orang Kelantan biasa panggil Sungai Golok)

Bila sampai di Imigresen Sungai Golok, Sempadan Thailand-Malaysia...

aku beratur la kat kaunter imigresen tu ngan kawan-kawan aku, kawan aku semua pakai boarder pass tapi aku pakai Visa.

Servis dari imigresen sungai golok tu memang bagus.."cepat dan tak mesra.."

Yang servis cepat tu untuk sesiapa yang datang ngan boarder pass je, aku ni yang pakai Visa terpaksa isi borang ape tak tau..kena bayar RM2 lak tu untuk isi borang tu.

Siap isi borang tu terpaksa la aku beratur balik dalam barisan panjang yang aku dah beratur tadi. Sampai giliran aku banyak lak mende kene buat..letak muda depan webcam dia lah, tanye aku nak pegi mane lah.

kawan-kawan aku takde lak kene soal camtu..takde kene bayar RM2. macam shiyal !

Pepehal pon ni ade sedikit gambar time aku kat Sungai Golok.. Enjoy!


Berhenti makan nasi tomyam+telur dadar+daging goreng masak pedas.


Team LC Kelantan Crew (LCKC)


Baru je sampai ke kedai makan ni..


Shopping barang motor

Menunggu Amil pegi bayar saman sebab ekzos bunyi bising..Thailand Thailand..

Camne nak apply kerja di laut ?

CARA MENJADI SEORANG PELAUT (SEAMAN)

Kalau dah nak kerja tu mesti disertakan resume kan? mana-mana tempat company pon mesti mintak resume kita kalau nak apply kerja kat company diorang kan...tapi ini punye kes, korang nak apply kerja di laut.
Layak ke korang nak apply kerja kat laut tu ngan sijil SPM je ??
Keperluan untuk bekerja di laut ade banyak tapi mengikut position ape yang korang hendak apply. Keperluan yang diperlukan itu adalah sijil layak yang hanya dikeluarkan oleh institusi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menghasilkan pelaut yang bagus dan berpengetahuan dalam aspek keselamatan. Ada sesetengah sijil dikeluarkan oleh jabatan kerajaan sendiri seperti Jabatan Laut Malaysia, DOSH, NIOSH, dan juga CIDB.

Antara institusi-institusi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan Malaysia adalah seperti berikut :
  1. T.A.T.I
  2. Akademi Laut Malaysia (A.L.A.M)
  3. Terengganu Safety Training Centre (T.S.T.C)
  4. Ranaco Education Training Institute (R.E.T.I)
Sesiapa yang berkeinginan untuk bekerja di laut, korang leh try contact mana-mana institusi berikut untuk mengikut kursus yang ditawarkan oleh mereka.

" Safety 1st "

P/S - Sila nantikan update seterusnya..

Jadi BLOGGER..best sangat ke?

Kebiasaannya blogger kat negara kita ni lebih tertumpu kepada menghujahkan idea-idea politik yang tak seberapa atau melemparkan luahan perasaan tidak puas hati dengan kerajaan ke dalam blog mereka dan ada juga yang menjadikan blog ini sebagai port atau tempat mereka menunjukkan hasil kreativiti mereka dalam seni photografi.

Ramai yang tidak mengenali dunia blog ni..yelah..dunia IT ni pun tak ramai yang tahu..tidak ramai yang celik IT... Budak-budak zaman sekarang ni tau pasal IT pun disebabkan permainan yang semakin hari semakin banyak dijual dengan pelbagai jenis platform..Mereka tidak mengenali dunia IT ni dengan lebih mendalam. Kenapa BLOG dicipta? Apa yang best sangat tentang blog ni sampai ia dicipta? Apa bezanya blog ngan buku diari?

Persoalan ini senang sahaja untuk dijawab... Manusia sekarang menuju ke arah dunia teknologi, zaman tulis-menulis dengan pen ke dalam diari untuk mencatat kerja atau aktiviti rutin, perbelanjaan seharian sudah lapuk. Malas nak cari diari yang adik-adik main, letak kat merata-rata..malas nak cari pen untuk tulis, pen habis dakwat..nak guna pensil cam menghodohkan lagi tulisan dalam diari tu...diari abis muka surat..kena beli baru..bla..blaa.. blaa....adeh senang cite manusia malas nak buat semua tu (termasuklah aku..hahahaa..).

Kenapa dengan blog ni kita rajin nak tulis macam-macam hal sampai ke dunia politik plak? yelah... ade tak korang nak tulis pasal politik dalam diari korang? kesimpulannya camtu lah... Dalam blog ni macam-macam leh letak, sambil menulis blog, kita leh membuat kerja lain seperti layari internet...baca surat khabar pon bleh dalam internet ni. Dan sebab itu lah manusia ni malas nak guna buku diari ni. Maka, blogger ni sebenarnya bukan best sangat pon..tapi disebabkan keboringan yang terlampau untuk bermain komputer, melayari internet dah tau nak pegi url ape ataupun minat yang melampau-lampau untuk menulis ke dalam komputer. Lalu terhasillah blogger seperti saya ni yang tak berapa pasti ape telah saya tulis panjang lebar ni.

Walaupun coretan ini adalah ayat-ayat ayam kampung, ini adalah kebenaran yang berlaku sekarang.

Pembuka Bicara


" Assalamualaikum W. B. T. "

" Peace be upon you "