Cari Blog Ini

Khamis, 18 Jun 2009

Camne nak apply kerja di laut ?

CARA MENJADI SEORANG PELAUT (SEAMAN)

Kalau dah nak kerja tu mesti disertakan resume kan? mana-mana tempat company pon mesti mintak resume kita kalau nak apply kerja kat company diorang kan...tapi ini punye kes, korang nak apply kerja di laut.
Layak ke korang nak apply kerja kat laut tu ngan sijil SPM je ??
Keperluan untuk bekerja di laut ade banyak tapi mengikut position ape yang korang hendak apply. Keperluan yang diperlukan itu adalah sijil layak yang hanya dikeluarkan oleh institusi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menghasilkan pelaut yang bagus dan berpengetahuan dalam aspek keselamatan. Ada sesetengah sijil dikeluarkan oleh jabatan kerajaan sendiri seperti Jabatan Laut Malaysia, DOSH, NIOSH, dan juga CIDB.

Antara institusi-institusi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan Malaysia adalah seperti berikut :
  1. T.A.T.I
  2. Akademi Laut Malaysia (A.L.A.M)
  3. Terengganu Safety Training Centre (T.S.T.C)
  4. Ranaco Education Training Institute (R.E.T.I)
Sesiapa yang berkeinginan untuk bekerja di laut, korang leh try contact mana-mana institusi berikut untuk mengikut kursus yang ditawarkan oleh mereka.

" Safety 1st "

P/S - Sila nantikan update seterusnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Informasi berguna yang ingin diberi comment kat sini amat dialu-alukan bagi pengunjung blog ini.